Biasiswa Pendidikan Kita Selangor peruntuk RM17 juta bantu mahasiswa cemerlang

19 Jun 2026, 4:27 AM
Biasiswa Pendidikan Kita Selangor peruntuk RM17 juta bantu mahasiswa cemerlang
Biasiswa Pendidikan Kita Selangor peruntuk RM17 juta bantu mahasiswa cemerlang
Biasiswa Pendidikan Kita Selangor peruntuk RM17 juta bantu mahasiswa cemerlang
Biasiswa Pendidikan Kita Selangor peruntuk RM17 juta bantu mahasiswa cemerlang

SHAH ALAM, 19 JUN: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM17 juta menerusi inisiatif Biasiswa Pendidikan Kita Selangor bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi cemerlang melanjutkan pengajian dalam bidang strategik yang menjadi keutamaan pembangunan negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif berkenaan diwujudkan bagi memastikan anak Selangor yang berpotensi tidak tercicir daripada melanjutkan pelajaran hanya kerana kekangan kewangan.

Beliau berkata, antara bidang yang diberikan tumpuan termasuk sektor elektronik dan elektrik, sains hayat, kecerdasan buatan (AI), kejuruteraan serta automasi.

Menurutnya pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang dan daya tahan individu terutama ketika berdepan cabaran ekonomi serta ketidaktentuan global.

“Dampak krisis ini telah mendedahkan peri penting pendidikan dalam meningkatkan peluang dan daya tahan seorang individu supaya cekal menghadapi sebarang cabaran atau ketidaktentuan ekonomi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 ketika Sidang Khas Dewan Negeri Selangor di Dewan Annex pada 19 Jun 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Kerajaan Negeri tidak ingin melihat anak Selangor, terutama mereka yang berpotensi dan mempunyai kesungguhan untuk melanjutkan pelajaran terhalang akibat faktor kewangan.

“Bagi memberikan sinar baharu kepada pelajar di Selangor, Kerajaan Negeri akan mewujudkan Biasiswa Pendidikan Kita Selangor dengan peruntukan RM17 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 pada Sidang Khas Dewan Negeri Selangor di Dewan Annex, pagi tadi.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri juga menyediakan inisiatif Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) bernilai RM500 setiap semester bagi membantu mahasiswa di institusi milik Kerajaan Negeri, khususnya UNISEL dan Universiti Islam Selangor (UIS).

Pada 22 Februari lalu, Dato’ Menteri Besar turut menyampaikan cek cura simbolik bernilai RM3 juta kepada penerima BAYU di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Menerusi inisiatif sama, sejumlah RM17.38 juta turut diperuntukkan bagi pelaksanaan Subsidi Yuran Pendidikan di bawah institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri bagi tahun 2026.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.