Wanita hilang di Johor Bahru sejak 2019 ditemukan selamat di Langkawi

18 Jun 2026, 1:07 PM
Wanita hilang di Johor Bahru sejak 2019 ditemukan selamat di Langkawi

ALOR SETAR, 18 JUN: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 2019 selepas meninggalkan kediaman keluarganya di Johor Bahru ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Taman Helang Perdana, Kuah, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Samsulmuddin Sulaiman berkata terdahulu sepasukan anggota polis bertindak membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira 11 malam semalam selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati seorang wanita berusia 21 tahun menetap di rumah tersebut bersama seorang anak.

"Pemeriksaan lanjut berdasarkan rekod orang hilang mendapati wanita berkenaan masih tersenarai sebagai individu hilang susulan laporan polis yang dibuat di Majidee, Johor pada 2019.

"Wanita terbabit mengaku keluar meninggalkan rumah keluarganya di Johor Bahru sebelum menetap di Langkawi. Wanita itu juga mendakwa telah berkahwin dengan seorang warga asing, namun suaminya tiada di rumah ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak keluarga wanita berkenaan juga telah dimaklumkan mengenai penemuan itu.

Kisah penemuan wanita itu turut tular menerusi media sosial hari ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.