AirAsia beri amaran laman sesawang pengambilan kerja palsu

18 Jun 2026, 4:31 AM
AirAsia beri amaran laman sesawang pengambilan kerja palsu
AirAsia beri amaran laman sesawang pengambilan kerja palsu

SEPANG, 18 JUN: AirAsia mengeluarkan amaran kepada pencari kerja supaya sentiasa berwaspada terhadap laman sesawang palsu yang menyamar sebagai portal kerjaya rasmi syarikat itu.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebuah laman sesawang pengambilan pekerja palsu sedang tular dan menyasarkan mereka yang berhasrat mencari kerja.

“Penipuan itu meniru laman kerjaya rasmi AirAsia bagi mengumpul maklumat peribadi dan menuntut bayaran sebagai yuran pemprosesan untuk meneruskan proses pengambilan pekerja palsu,” menurut kenyataan tersebut.

AirAsia memaklumkan portal kerjaya rasmi syarikat itu hanya http://careers.airasia.com dan mereka tidak pernah mengenakan sebarang yuran pemprosesan untuk permohonan kerja.

“Pemohon dinasihatkan tidak berkongsi butiran peribadi atau maklumat pembayaran dengan laman sesawang yang tidak sah,” menurut kenyataan itu.

AirAsia memaklumkan akan terus memantau aktiviti penipuan seperti itu dan menggalakkan orang ramai untuk mengesahkan semua maklumat pengambilan pekerja melalui saluran rasmi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.