Elak letak semua dana dalam satu aset, pelbagaikan instrumen pelaburan

18 Jun 2026, 11:00 AM
Elak letak semua dana dalam satu aset, pelbagaikan instrumen pelaburan
Elak letak semua dana dalam satu aset, pelbagaikan instrumen pelaburan
Elak letak semua dana dalam satu aset, pelbagaikan instrumen pelaburan
Elak letak semua dana dalam satu aset, pelbagaikan instrumen pelaburan
Elak letak semua dana dalam satu aset, pelbagaikan instrumen pelaburan

SHAH ALAM, 18 JUN: Orang ramai disaran mempelbagaikan instrumen pelaburan dan tidak meletakkan keseluruhan dana dalam satu aset termasuk emas bagi mengurangkan risiko kerugian.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata konsep kepelbagaian portfolio penting bagi memastikan kerugian dalam satu instrumen dapat diimbangi oleh keuntungan daripada instrumen lain.

Menurut beliau, pendekatan mempelbagaikan portfolio mampu mengurangkan risiko pelaburan, terutama ketika pasaran berdepan ketidaktentuan ekonomi dan turun naik harga aset.

“Dalam pelaburan ini konsep mempelbagaikan portfolio atau portfolio diversifikasi itu penting kerana kepelbagaian portfolio itu akan mengurangkan risiko pelaburan.

“Emas memang salah satu instrument pelaburan yang menarik, ada prospek yang baik, tapi sebaik-baiknya seorang pelabur itu janganlah letak semua pelaburan dekat emas saja.

"Boleh labur dalam unit amanah yang mana dalam unit amanah ini dia boleh simpan unit amanah yang melabur dalam instrumen ekuiti, pasaran saham, pasaran bond, pasaran wang dan hartanah.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid. Foto HANISAH OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Jadi ia bergantung kepada selera risiko seorang individu. Tapi sebenarnya pelaburan itu memang kena dipelbagaikan supaya tidak tertakluk dan bergantung kepada satu portfolio sahaja,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau menjelaskan harga emas yang mencapai paras tinggi sebelum ini lazimnya akan mengalami pembetulan harga susulan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur.

Katanya, keadaan itu adalah perkara normal dalam pasaran kewangan dan pelabur perlu melihat pelaburan emas sebagai strategi jangka sederhana hingga panjang.

“Kalau beli pada harga tinggi, jangan mengharapkan kenaikan segera. Simpan dalam tempoh lebih panjang kerana biasanya harga akan turun dan kemudian naik semula,” katanya.

Sebelum ini, Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Pengajian Kewangan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam berkata emas terus dilihat sebagai instrumen pelaburan jangka panjang yang berdaya tahan walaupun harga logam berharga itu menunjukkan turun naik ketara kebelakangan ini susulan pelbagai faktor ekonomi dan geopolitik global.

Menurutnya pergerakan harga emas ketika ini banyak dipengaruhi oleh dasar kadar faedah global, khususnya keputusan monetari Amerika Syarikat (AS), kekuatan dolar AS, inflasi, konflik geopolitik serta permintaan berterusan daripada bank pusat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.