Jotun komited labur RM500 juta di Selangor, buka peluang kerja mahir

27 Nov 2026, 4:08 AM
Jotun komited labur RM500 juta di Selangor, buka peluang kerja mahir
Jotun komited labur RM500 juta di Selangor, buka peluang kerja mahir
Jotun komited labur RM500 juta di Selangor, buka peluang kerja mahir

SHAH ALAM, 27 NOV: Syarikat pengeluar cat dan salutan antarabangsa, Jotun melabur RM500 juta di Selangor menerusi pembangunan ibu pejabat serantau dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Glenmarie, di sini.

EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han berkata pelaburan itu memperkukuh kedudukan Selangor sebagai destinasi pilihan syarikat antarabangsa untuk mengembangkan operasi serta aktiviti penyelidikan.

Menurutnya, kemudahan berkenaan menyokong operasi Jotun di sembilan pasaran iaitu Malaysia, Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar, Singapura dan Australia.

EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han (kanan) ketika mengadakan lawatan ke kemudahan Jotun di Glenmarie, Shah Alam. Foto Facebook Ng Sze Han

“Jotun telah memberikan komitmen pelaburan sebanyak RM500 juta di Selangor, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai destinasi pilihan syarikat antarabangsa untuk mengembangkan operasi dan keupayaan penyelidikan mereka,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Sze Han berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kemudahan Jotun di Glenmarie yang menempatkan pusat R&D dan pejabat serantau syarikat berkenaan.

Beliau berkata pelaburan itu bukan sahaja membawa masuk modal, malah membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat tempatan.

Ng Sze Han (kiri) meninjau bahan penyelidikan dan menerima penerangan mengenai proses pembangunan produk di pusat R&D Jotun, Glenmarie. Foto Facebook Ng Sze Han

Menurutnya, peluang pekerjaan yang ditawarkan turut membolehkan tenaga kerja tempatan memperoleh gaji lebih kompetitif serta pendedahan kepada operasi perniagaan di peringkat serantau.

Jotun membuka ibu pejabat serantau dan pusat R&D baharunya di Glenmarie pada 18 November lalu.

Kemudahan berkenaan menempatkan 133 kakitangan dan mempunyai kapasiti sehingga 200 pekerja, selain menggabungkan operasi pengurusan serantau dengan aktiviti penyelidikan dalam satu lokasi.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.