Rakyat disaran kekal berhemah dalam membuat keputusan kewangan

17 Jun 2026, 12:00 PM
Rakyat disaran kekal berhemah dalam membuat keputusan kewangan
Rakyat disaran kekal berhemah dalam membuat keputusan kewangan
Rakyat disaran kekal berhemah dalam membuat keputusan kewangan
Rakyat disaran kekal berhemah dalam membuat keputusan kewangan

SHAH ALAM, 17 JUN: Rakyat disaran terus mengamalkan pengurusan kewangan berhemah dan tidak membuat keputusan pelaburan secara terburu-buru meskipun pembukaan semula Selat Hormuz dijangka memberi kesan positif kepada ekonomi global.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata orang ramai perlu sentiasa mengikuti perkembangan ekonomi semasa, pasaran dan kewangan bagi membantu membuat keputusan yang lebih tepat.

Menurutnya, maklumat yang sahih dan terkini penting terutama ketika keadaan ekonomi global masih dipengaruhi ketidaktentuan geopolitik walaupun ketegangan di Timur Tengah menunjukkan tanda reda.

“Mengambil maklum tentang perkembangan semasa berkenaan ekonomi, pasaran, kewangan itu penting kerana akan membantu dalam proses membuat keputusan untuk pelaburan contohnya supaya kita tidak mahu terlalu beremosi, terlalu ikut-ikut dengan cakap-cakap orang.

“Kalau kita dapatkan maklumat yang tepat, ia membantu membuat keputusan yang bagus,” katanya kepada Media Selangor.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid. Foto HANISAH OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata perkembangan seperti pembukaan semula Selat Hormuz yang menyumbang kepada penurunan harga minyak mentah dan sentimen pasaran yang lebih positif tidak seharusnya mendorong rakyat membuat keputusan kewangan secara tergesa-gesa.

Sebaliknya, katanya, kepentingan mengamalkan perbelanjaan secara sederhana bagi memastikan kedudukan kewangan isi rumah kekal stabil.

“Kedua, sentiasa bersederhana dalam apa sahaja keputusan kewangan. Sifat bersederhana akan dapat membantu untuk menikmati kehidupan lebih baik,” katanya.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pada Isnin mengumumkan bahawa Amerika Syarikat dan Iran mencapai perjanjian damai susulan rundingan intensif.

Beliau berkata kedua-dua pihak turut mengisytiharkan penamatan segera dan berkekalan operasi ketenteraan di semua kawasan konflik, termasuk di Lubnan dan majlis pemeteraian rasmi dijadual berlangsung pada 19 Jun di Switzerland.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.