Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 2 petang

17 Jun 2026, 3:18 AM
Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 2 petang
Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 2 petang
Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 2 petang
Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 2 petang

SHAH ALAM, 17 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga jam 2 petang ini.

Menurut agensi itu, keadaan sama dijangka berlaku di Kedah membabitkan Langkawi, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling manakala Perak pula di Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Bentong, Pahang serta beberapa kawasan di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru dijangka alami cuaca sama.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat petunjuk cuaca yang menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

"Amaran ribut petir merupakan amaran cuaca jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," kata MetMalaysia menerusi Facebook.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia dari semasa ke semasa.

Amaran hujan lebat, ribut petir, angin kencang di seluruh negara pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.