MBDK serbu premis perniagaan tanpa lesen di Meru, sita barangan dan henti operasi

15 Jun 2026, 12:30 PM
MBDK serbu premis perniagaan tanpa lesen di Meru, sita barangan dan henti operasi

SHAH ALAM, 15 JUN: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menyerbu beberapa premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di Jalan Abadi 10E/KU8, Meru pada Khamis lalu.

Menurut MBDK premis terbabit termasuk kedai runcit, stor penyimpanan dan jualan ayam hidup, kedai makan, kedai gunting rambut, bengkel serta stor penyimpanan tong gas petroleum cecair (LPG).

"Lapan borang inventori dikeluarkan bagi tujuan penyitaan semua barangan perniagaan yang terlibat," kata MBDK dalam kenyataan di Facebook.

Dalam operasi berasingan, MBDK turut mengesan enam rumah di Jalan Teratai, Klang yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen termasuk kedai runcit, kedai makan, kedai gunting rambut dan penjualan minuman keras.

Semua barangan berkaitan disita manakala pita halangan dipasang bagi menghentikan operasi premis terbabit serta-merta.

MBDK berkata tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat perlesenan, menyalahgunakan bangunan atau mengganggu ketenteraman awam.

Menurutnya, pemantauan berkala akan dipertingkat bagi memastikan kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat terus terpelihara.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.