Video tular pembantu rumah dipukul, polis jalankan siasatan

13 Jun 2026, 3:02 PM
Video tular pembantu rumah dipukul, polis jalankan siasatan

SHAH ALAM, 13 JUN: Video tular memaparkan suami isteri dipercayai membelasah dan menampar pembantu rumah mereka di Johor Bahru mengundang kecaman ramai.

Berdasarkan video kejadian itu dilihat berlaku di kediaman majikan mangsa, dengan seorang lelaki dipercayai majikan dilihat menampar dan menumbuk wanita yang sedang duduk di kerusi.

Kemudian kedengaran suara wanita berkenaan menangis, namun lelaki itu dilihat terus memukulnya.

Pengguna media sosial di ruangan komen mengutuk perbuatan berkenaan yang disifatkan tidak berhati perut dan menggesa pihak berkuasa mengambil Tindakan, lapor Sinar Harian.

Selain itu, pengguna media sosial mempersoalkan tindakan pasangan terbabit yang didakwa mengambil undang-undang di tangan sendiri.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat berhubung video tular tersebut.

“Salam rakan-rakan media. Polis Johor telah menerima maklumat ini dan masih dalam proses risikan,” katanya ringkas.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.