Lapan rumah musnah terbakar di Kuala Perlis

13 Jun 2026, 2:10 AM
Lapan rumah musnah terbakar di Kuala Perlis

KANGAR, 13 JUN: Lapan rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis, dekat sini awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Perlis Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.38 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan lapan rumah kelas B dan sebuah motosikal yang kemusnahan 100 peratus. Tindakan pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dan empat sumpitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Hamizi berkata operasi memadam kebakaran itu turut dibantu BBP Kangar dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpang Empat, Padang Besar, Kuala Perlis dan Pauh sehingga operasi itu selesai.

Beliau berkata operasi pemadaman api itu berjaya dikawal pada 4.40 pagi sebelum tamat pada 8.13 pagi serta tidak melibatkan kecederaan dalam kejadian itu.

Pasukan forensik, katanya, sedang membuat siasatan bagi mengenal pasti punca dan jumlah kerugian.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.