MEXICO CITY, 12 JUN: Seorang peminat bukan warga Mexico mengalami serangan jantung di luar Stadium Azteca sejurus sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia di Mexico City pada Khamis antara Mexico dan Afrika Selatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Lelaki itu dikejarkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pihak berkuasa di ibu negara Mexico itu pada awalnya tidak mendedahkan butiran kewarganegaraan lelaki berkenaan dalam satu kenyataan di platform X, namun mengesahkan bahawa beliau bukan rakyat Mexico.
Cuaca panas dijangka menjadi masalah meluas kepada pemain dan penyokong sepanjang Piala Dunia paling lama pernah berlangsung itu, yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada. Mexico City juga terletak di kawasan altitud tinggi.







