Harimau Malaya B-15 buka kempen Piala Dunia dengan kemenangan 3-1

24 Okt 2026, 11:58 AM
Harimau Malaya B-15 buka kempen Piala Dunia dengan kemenangan 3-1

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Skuad Harimau Malaya Bawah 15 Tahun (B-15) membuka kempen Kumpulan H Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 dengan kemenangan 3-1 ke atas Dominica di Baku, Azerbaijan hari ini.

Malaysia mendahului 2-0 hasil jaringan pembukaan Aqheef Haiqal Koko pada minit ke-12 sebelum Anas Suffiyan Arif menggandakan kelebihan tujuh minit kemudian.

Dominica berjaya merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pada minit ke-28, namun Amirul Faris Azlan memastikan kemenangan menjadi milik skuad negara kendalian P. Maniam dengan gol ketiga pada minit ke-39.

Malaysia dijadualkan menentang Syria dan Ethiopia esok, sebelum berdepan Hungary dan Mexico pada Isnin.

Kejohanan julung kali dianjurkan itu berlangsung dari 24 hingga 30 Okt menggunakan format lapan sepasukan dan setiap perlawanan berlangsung dalam dua babak, masing-masing 20 minit.

Sebanyak 191 pasukan negara dibahagikan kepada 24 kumpulan dan kedudukan akhir kumpulan akan menentukan tempat bagi saingan Tahap A hingga F yang dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 Okt.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.