Lencongan, jalan ditutup sempena Petaling Jaya International Criterium Race 2026

12 Jun 2026, 9:19 AM
Lencongan, jalan ditutup sempena Petaling Jaya International Criterium Race 2026
Lencongan, jalan ditutup sempena Petaling Jaya International Criterium Race 2026

SHAH ALAM, 12 JUN: Beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar Petaling Jaya akan ditutup dan dilencongkan secara berkala sempena penganjuran Program PJ International Criterium Race 2026 esok.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan penutupan jalan akan bermula jam 12 tengah malam Sabtu hingga 14 Jun 2026 jam 1 pagi bagi memastikan kelancaran penganjuran acara berkenaan.

Antara laluan yang akan ditutup sepenuhnya ialah Jalan 52/6, Jalan 52/18, Jalan 52/2, Jalan 52/16, Jalan 52/10, Jalan 52/14 serta Jalan Yong Shook Lin di hadapan Bank Rakyat.

Selain penutupan penuh, beberapa jalan utama lain turut terlibat dengan penutupan dan pembukaan secara berkala sepanjang perlumbaan berlangsung.

Laluan yang terlibat termasuk Jalan Timur, Jalan Sultan, Jalan Changgai 6/22, Jalan Selangor, Jalan Yong Shook Lin, Jalan RU 7/1, Jalan Taman 7/6, Jalan Bukit Menteri Utara 7/4, Jalan Tinggi 6/12, Jalan Tengah dan Bulatan Selangor.

Menurut MBPJ, penutupan berkala akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bermula jam 3 petang hingga 11 malam bagi memberi laluan kepada peserta perlumbaan.

Laluan berkenaan bagaimanapun akan dibuka semula secara berperingkat selepas acara berlangsung.

Sehubungan itu, orang ramai dan pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di kawasan terlibat.

MBPJ turut menggalakkan pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif dan mematuhi arahan petugas trafik yang ditempatkan di lokasi strategik sepanjang acara berlangsung.

Pihak berkuasa tempatan itu juga menggesa orang ramai merujuk peta laluan serta panduan trafik yang disediakan bagi memastikan kelancaran perjalanan dan mengurangkan gangguan pergerakan sepanjang penganjuran PJ International Criterium Race 2026.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.