MBPJ kesan 22 bekas pembiakan Aedes di hotspot denggi PJS 10

1 Nov 2026, 3:45 AM
MBPJ kesan 22 bekas pembiakan Aedes di hotspot denggi PJS 10
MBPJ kesan 22 bekas pembiakan Aedes di hotspot denggi PJS 10
MBPJ kesan 22 bekas pembiakan Aedes di hotspot denggi PJS 10
MBPJ kesan 22 bekas pembiakan Aedes di hotspot denggi PJS 10

PETALING JAYA, 1 NOV: Sebanyak 22 bekas positif pembiakan nyamuk Aedes dikesan dalam operasi pemeriksaan di sekitar Jalan PJS 10 susulan kawasan itu dikenal pasti sebagai lokasi panas (hotspot) wabak denggi.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan Operasi Pemeriksaan Tempat Pembiakan (PTP) itu melibatkan pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi mengesan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan di kawasan perumahan teres sekitar Jalan PJS 10/7A, 10/7B, 10/12, 10/14 dan 10/16.

"Hasil pemeriksaan merekodkan 146 rumah berjaya dimasuki, 329 rumah bertutup, sembilan rumah kosong dan sembilan rumah tidak memberikan kerjasama.

"Antara tempat pembiakan yang dikenal pasti termasuk pelapik pasu bunga, baldi, tong sampah, tong cat, tangki air dan bekas plastik yang menakung air," menurut kenyataan MBPJ.

Susulan penemuan itu, MBPJ mempergiat usaha kawalan denggi bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes, sekali gus mengurangkan risiko penularan wabak di kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menggesa penduduk memberikan kerjasama kepada petugas ketika pemeriksaan dijalankan bagi memastikan langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

MBPJ juga menasihatkan orang ramai supaya meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk memeriksa kawasan kediaman dan menghapuskan sebarang takungan air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.