Pasar Awam Batang Kali berwajah baharu, ruang niaga lebih selesa dan kondusif

10 Jun 2026, 4:45 AM
Pasar Awam Batang Kali berwajah baharu, ruang niaga lebih selesa dan kondusif

SHAH ALAM, 10 JUN: Pasar Awam Batang Kali kini berwajah baharu selepas dinaik taraf menerusi peruntukan sebanyak RM319, 600.49 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kementerian itu memaklumkan projek berkenaan dilaksanakan bagi menyediakan ruang niaga yang lebih kondusif, bersih dan selesa kepada peniaga serta pengunjung.

“KPKT terus komited mempertingkatkan kemudahan awam menerusi pelaksanaan Projek Naik Taraf Pasar Awam Batang Kali dengan peruntukan sebanyak RM319,600.49.

“Penambahbaikan yang dilaksanakan memberi nafas baharu kepada pasar awam ini, sekali gus meningkatkan keselesaan, kebersihan dan kecekapan penggunaan ruang niaga,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut KPKT, transformasi tersebut bukan sahaja menambah baik kemudahan sedia ada malah memperkukuh fungsi pasar awam berkenaan sebagai pusat aktiviti ekonomi komuniti.

Katanya, usaha itu juga membantu mewujudkan persekitaran yang lebih teratur dan mesra pengguna selaras dengan keperluan semasa.

“KPKT akan terus melaksanakan inisiatif pembangunan infrastruktur rakyat yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan komuniti dan kemakmuran ekonomi setempat, sejajar aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.