PAS hentikan kerjasama politik dengan Bersatu

8 Jun 2026, 4:11 PM
PAS hentikan kerjasama politik dengan Bersatu

KUALA LUMPUR, 8 JUN: PAS hari ini secara rasmi memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata ketetapan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pusat yang berlangsung hari ini selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua parti.

Beliau berkata tindakan itu juga diambil bagi memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lepas berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahat kerjasama politik PAS atas prinsip penyatuan ummah.

Pada 2 Jun lepas, Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata pihaknya mengambil perhatian serius terhadap krisis dan konflik dalaman Bersatu yang dilihat memberi kesan terhadap Perikatan Nasional.

​-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.