Selangor-Singapura teroka peluang baharu pacu ekonomi dan pelaburan

8 Jun 2026, 1:35 PM
Selangor-Singapura teroka peluang baharu pacu ekonomi dan pelaburan
Selangor-Singapura teroka peluang baharu pacu ekonomi dan pelaburan

SINGAPURA, 8 JUN: Selangor bakal menjalin kerjasama dengan Singapura dan beberapa agensinya bagi meneroka peluang baharu yang dapat meningkatkan pelaburan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kerjasama itu juga membuka ruang kepada pembinaan rangkaian strategik dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan kebudayaan selain diplomatik.

“Hari ini saya berkesempatan bertemu dan berbincang dengan beberapa menteri Singapura antara Lee Hsien Loong yang juga bekas perdana menteri dan menteri pendidikan (Desmond Lee).

“Selain itu kita berjumpa beberapa agensi termasuk ketua pegawai eksekutif Temasek Holdings yang memberikan beberapa pandangan penting supaya kita melihat konteks nusantara ini dapat dikembangkan terutama kerjasama erat antara Selangor dan Singapura.

“Ada beberapa penting yang kita boleh bekerjasama. Pertemuan dan perbincangan ini membolehkan kita sama-sama mengali dan mengumpul kekuatan bersama,” katanya kepada Media Selangor.

Terdahulu Amirudin mengadakan pertemuan terbabit menerusi lawatan rasmi ke Singapura selama tiga hari bermula hari ini sehingga Rabu bdi awah Program S R Nathan Fellowship.

Program itu bertujuan menggalakkan pertukaran pandangan serta perkongsian pengalaman antara pemimpin dan pegawai kanan luar negara dengan Singapura dalam pelbagai bidang strategik.

Semalam, Kementerian Luar Negeri Singapura berkata lawatan itu akan memberi peluang kepada Amirudin mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan republik berkenaan.

“Amirudin turut dijadual mengadakan sesi libat urus bersama beberapa agensi Kerajaan Singapura dan menerima taklimat berhubung perancangan ekonomi, promosi pelaburan, pembangunan semula bandar serta perancangan bandar.

“Selain itu, beliau juga akan diberi penerangan berkaitan sektor pendidikan, seni dan budaya sepanjang lawatan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.