30 ibu tunggal DUN Pandamaran terima bakul makanan, ringankan beban

9 Jun 2026, 7:00 AM
30 ibu tunggal DUN Pandamaran terima bakul makanan, ringankan beban
30 ibu tunggal DUN Pandamaran terima bakul makanan, ringankan beban
30 ibu tunggal DUN Pandamaran terima bakul makanan, ringankan beban

SHAH ALAM, 9 JUN: Seramai 30 ibu tunggal menerima sumbangan bakul makanan menerusi Program Bakul Makanan Ibu Tunggal anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran Leong Tuck Chee berkata program itu merupakan antara inisiatif kebajikan bagi membantu golongan ibu tunggal yang memerlukan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, bantuan tersebut turut bertujuan meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat, khususnya dalam kalangan ibu tunggal yang berdepan cabaran perbelanjaan harian.

“Program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan wanita, khususnya ibu tunggal, terus diberi perhatian,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata sumbangan berkenaan diharap dapat membantu mengurangkan sedikit beban perbelanjaan harian penerima selain memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan.

Leong turut menegaskan PWB DUN Pandamaran akan terus melaksanakan pelbagai program kebajikan dan pemerkasaan wanita pada masa hadapan.

“Ia diharap dapat membantu mengurangkan sedikit beban perbelanjaan harian penerima serta memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata usaha berterusan itu penting bagi memastikan golongan wanita, khususnya ibu tunggal, tidak terpinggir daripada menerima bantuan dan perhatian sewajarnya.

Dalam masa sama, Leong merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut serta berharap lebih banyak inisiatif seumpamanya dapat diteruskan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras PWB DUN Pandamaran, Mimi Ng Shui Mee atas komitmen dalam menyelaras program berkenaan.

“Semoga sumbangan bakul makanan ini dapat membantu meringankan beban ibu tunggal serta memberi manfaat kepada penerima,” katanya.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.