(Untuk semua ibu tunggal)
Oleh Aliff Awan
Ilustrasi Muizzah
"mak, selepas pergi ayah, kenapa
kita meriba pergaduhan walau
masih pinggan berminyak kfc?"
penat menjadi harta
yang meruahkan mereka.
kesenangan adalah sejadah yang
ingin dikucupnya, selepas tuhan
berpayah-payah mengalirkan
peluh wuduk, merukuni resah lenang.
terdahulu, dia suri
hari ini, dompetnya sekering gusi.
lalu wajah rumah dibersihkan dari solek
terhias minimal, maksimal dibuang
untuk dijual supaya esok
masih pinggannya berminyak ayam.
cikcik diva makchick
ketawanya air mata
yang larat sedih, tidak
"apa-apa cahaya yang bersimpuh
akan didepakan lenguh lengan
asalkan esok, masih ada".







