Teknologi retort bantu simpan daging korban lebih tahan lama

29 Mei 2026, 12:30 AM
Teknologi retort bantu simpan daging korban lebih tahan lama
Teknologi retort bantu simpan daging korban lebih tahan lama
Teknologi retort bantu simpan daging korban lebih tahan lama

SHAH ALAM, 29 MEI: Lambakan bahan mentah seperti daging korban yang tidak sempat diproses segera boleh dimanfaatkan menggunakan teknologi retort sebagai kaedah penyimpanan lebih tahan lama.

Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nor Afizah Mustapha berkata penggunaan teknologi retort semakin meningkat termasuk dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) susulan permintaan terhadap makanan mudah disediakan.

Bagaimanapun katanya, setiap produk makanan retort perlu melalui proses yang betul bagi memastikan tahap pensterilan dicapai sepenuhnya sebelum dipasarkan kepada pengguna.

Beliau menegaskan aspek kualiti dan keselamatan makanan tidak boleh dikompromi oleh pengusaha kerana kegagalan mematuhi prosedur boleh mengundang risiko kesihatan awam.

“Makanan seperti kari dan rendang dikategorikan sebagai makanan berasid rendah (low acidity) yang mempunyai risiko pencemaran lebih tinggi sekiranya proses pensterilan tidak dilakukan dengan sempurna.

“Ketidakpatuhan dalam proses retort termasuk kegagalan mencapai tahap pensterilan ditetapkan serta rekod pemprosesan yang tidak lengkap antara kelemahan utama yang boleh membahayakan kesihatan awam,” katanya.

Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nor Afizah Mustapha (kanan) menjadi tetamu program Bicara Semasa bertajuk Makanan Retort: Tahan Lama Tapi Adakah Selamat? terbitan Media Selangor pada 26 Mei 2026.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program Bicara Semasa bertajuk Makanan Retort: Tahan Lama Tapi Adakah Selamat? terbitan Media Selangor baru-baru ini.

Dr Nor Afizah menambah, proses validasi terhadap sesuatu produk juga penting bagi memastikan semua mikroorganisma sasaran dapat dimusnahkan sepenuhnya dan tidak membiak dalam produk makanan tersebut.

Menurutnya, jangkitan bakteria tersebut boleh menyerang sistem saraf sehingga menyebabkan kegagalan sistem pernafasan, lumpuh dan berisiko membawa maut sekiranya tidak dikawal dengan baik.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan bekalan ternakan bagi sambutan Aidiladha tahun ini adalah mencukupi berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sehingga April lalu.

Menurut KPKM, stok lembu dan kerbau tempatan berjumlah 35,127 ekor serta 16,845 ekor import menjadikan jumlah keseluruhan 51,972 ekor sekali gus melebihi keperluan institusi seperti masjid, surau dan rumah sembelih yang dianggarkan 40,420 ekor berbanding 38,804 ekor tahun lalu.

Sementara itu, Kerajaan Selangor turut memperuntukkan RM6 juta bagi menyumbang 800 ekor lembu dan 600 ekor kambing kepada masjid dan surau termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi Program Sumbangan Korban Negeri Selangor (PSKNS) tahun ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata PSKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang dibiayai melalui Tabung Amanah Sumbangan Anak Syarikat, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor (TASASBA).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.