Empat cedera dalam kemalangan babitkan lima kenderaan di LPT2

27 Mei 2026, 12:30 AM
Empat cedera dalam kemalangan babitkan lima kenderaan di LPT2

DUNGUN, 27 MEI: Empat cedera termasuk dua kanak-kanak manakala 14 lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 337.7 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Paka dekat sini malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka Pegawai Bomba Kanan II Mohd Bakri Abdul Rahman berkata dalam kejadian pada 7.30 malam itu, keempat-empat mangsa menaiki kereta Nissan Almera.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Dungun oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Bakri berkata mangsa yang terselamat pula melibatkan dua individu yang menaiki sebuah kereta Toyota Vios dan dua lagi yang menaiki Proton Persona.

Beliau berkata enam lagi termasuk empat kanak-kanak yang terselamat menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire manakala empat lagi termasuk dua kanak-kanak menaiki kereta Perodua Ativa.

“Anggota bertindak membuat pemantauan bagi memastikan tiada lagi mangsa yang cedera di lokasi untuk dibawa ke hospital,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.