Sokongan Yayasan MBI bantu atlet Selangor cipta nama di pentas dunia

25 Mei 2026, 1:00 PM
Sokongan Yayasan MBI bantu atlet Selangor cipta nama di pentas dunia
Sokongan Yayasan MBI bantu atlet Selangor cipta nama di pentas dunia
Sokongan Yayasan MBI bantu atlet Selangor cipta nama di pentas dunia
Sokongan Yayasan MBI bantu atlet Selangor cipta nama di pentas dunia

SHAH ALAM, 25 MEI: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI terus komited menyokong pembangunan atlet negeri ini termasuk membantu mereka bersaing di peringkat antarabangsa.

Atlet tinju negara, Aiman Hisyam Abu Bakar berkata sokongan Yayasan MBI banyak membantu perjalanan karier sukannya termasuk ketika menyertai kejohanan di Filipina baru-baru ini.

Penerima sumbangan RM20,000 itu berkata bantuan diterima bukan kali pertama malah MBI sentiasa konsisten memberi sokongan kepada atlet untuk terus mencipta kejayaan.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyampaikan sumbangan kepada atlet tinju Aiman Hisyam Abu Bakar pada majlis serahan sumbangan atlet sukan di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 25 Mei 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“MBI sangat membantu dan menyokong perjalanan karier saya sehingga bertanding di luar negara antaranya di Filipina.

“Saya sasarkan untuk menjadi juara dunia selepas ini sekali gus mencipta sejarah buat Malaysia,” katanya kepada Media Selangor ketika ditemui selepas Majlis Serahan Sumbangan Atlet Sukan di Bangunan Darul Ehsan di sini hari ini.

Sementara itu, atlet para golf Harris Abu Bakar yang menerima sumbangan RM3,000 berkata sukan para golf masih kurang mendapat perhatian di Malaysia namun beliau tetap bersemangat meneruskan minatnya.

Menurutnya, beliau mula menyertai para golf selepas terlibat dalam kemalangan kereta pada 2008 yang menyebabkan dirinya kini hanya menggunakan sebelah tangan untuk bermain.

Atlet para golf Harris Abu Bakar ketika Majlis Serahan Sumbangan Atlet Sukan di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 25 Mei 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Sebelum kemalangan saya memang bermain golf jadi agak mencabar apabila terpaksa menggunakan satu tangan sahaja sekarang.

“Tetapi saya tetap bersemangat sebab minat. Saya juga banyak bertanding di Jepun dan Turki. Terima kasih kepada MBI kerana menyokong perjalanan sukan saya,” katanya.

Manakala, bagi atlet badminton, Putree Nadhira Adliana Muhamad Mizan Adli, bantuan RM3,000 diterima membantu menampung perjalanannya dalam sukan badminton.

Mula menceburi sukan itu sejak usia sembilan tahun, Putree Nadhira Adliana berkata badminton banyak mengajarnya untuk lebih berdisiplin dengan waktu latihan sejam setiap hari bermula jam 5.30 pagi.

Atlet badminton, Putree Nadhira Adliana Muhamad Mizan Adli ditemui ketika Majlis Serahan Sumbangan Atlet Sukan di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 25 Mei 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Syukur adanya MBI sebab ia membantu memudahkan karier saya dalam sukan badminton kerana badminton memerlukan kos yang agak tinggi.

“Insya-Allah, sasaran saya dalam sukan ini adalah untuk menjadi pemain nombor satu Malaysia dan dunia,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.