MB puji semangat juang Juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026

24 Mei 2026, 2:34 AM
MB puji semangat juang Juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026
MB puji semangat juang Juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026
MB puji semangat juang Juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026
MB puji semangat juang Juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026
MB puji semangat juang Juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026

SHAH ALAM, 24 MEI: Kejayaan skuad sepak takraw negara yang muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026 malam tadi terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai kuasa besar sukan terbabit di pentas antarabangsa.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejayaan itu juga mempamerkan pemain negara memiliki semangat juang, disiplin dan keberanian luar biasa.

“Setinggi tinggi tahniah buat skuad sepak takraw negara atas kejayaan muncul Juara Dunia Regu Berpasukan Sepak Takraw 2026.

“Syabas wira tanah air. Kemenangan ini bukan sekadar trofi. Ini sekali lagi membuktikan Malaysia kekal sebagai antara kuasa besar dunia dalam sukan warisan yang dekat di hati rakyat,” katanya menerusi Facebook.

Malam tadi, Malaysia menundukkan musuh tradisi, Thailand dengan keputusan 2-1 pada aksi final yang penuh dramatik di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ini merupakan kejayaan kedua skuad negara pada kempen Piala Dunia kali ini selepas turut muncul juara kuadran dengan menewaskan India 2-0 pada final Selasa lalu.

Terdahulu, Malaysia membuka langkah positif menerusi regu pertama dibarisi Muhammad Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi yang menewaskan trio Thailand 15-9, 13-15, 15-12.

Thailand bangkit menyamakan kedudukan menerusi regu kedua selepas gandingan negara dibarisi Muhammad Haziq Mohd Rosdi, Mohammad Azlan Alias dan Farhan Adam tewas 6-15, 10-15.

Pada aksi penentuan, trio negara Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican, Hafizul Hayazi Adnan dan Amirul Zazwan Amir terlebih dahulu memenangi set pertama 15-13 sebelum berlaku kontroversi.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia merangkul trofi Piala Dunia buat kali pertama sekali gus menebus kehampaan tewas kepada Thailand pada final edisi 2024.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.