NEXTDC buka Pusat AI pertama di Petaling Jaya, 99 peratus projek libat syarikat tempatan

23 Mei 2026, 10:00 AM
NEXTDC buka Pusat AI pertama di Petaling Jaya, 99 peratus projek libat syarikat tempatan

SHAH ALAM, 23 MEI: Pusat data antarabangsa dan ‘AI Factory’ pertama milik NEXTDC di Petaling Jaya dijangka memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab digital serantau apabila 99 peratus perbelanjaan modal projek itu melibatkan syarikat tempatan.

Menurut EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han, penglibatan kontraktor serta pembekal tempatan bukan sahaja menjana limpahan ekonomi, malah membuka peluang pembangunan kemahiran berteknologi tinggi dalam sektor infrastruktur digital.

"Ketika AI terus mengubah landskap industri di seluruh dunia, Selangor tidak hanya menjadi pemerhati, sebaliknya sedang membina ekosistem untuk menerajui perubahan itu.

"Projek ini lebih bermakna kerana kontraktor dan pembekal tempatan terlibat secara langsung dalam projek digital bernilai tinggi," katanya.

Beliau turut memaklumkan pusat data tersebut dibangunkan dengan penekanan terhadap aspek kelestarian termasuk penggunaan teknologi penyejukan udara canggih bagi mengurangkan penggunaan air secara mendadak.

Tambahnya, kemudahan itu juga mencatatkan kadar keberkesanan penggunaan tenaga (PUE) serendah 1.35, selaras usaha mengimbangi pembangunan teknologi dengan kecekapan tenaga dan kelestarian alam sekitar.

Petaling Jaya kini dilihat terus berkembang sebagai antara lokasi strategik industri pusat data dan AI di Selangor susulan permintaan tinggi terhadap infrastruktur digital berprestasi tinggi.

Terdahulu, Sze Han berkata Malaysia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) menerusi pelbagai inisiatif diperkenalkan Kementerian Digital.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.