Atlet lawan pedang sasar dua emas buat Selangor di SUKMA 2026

19 Mei 2026, 12:03 AM
Atlet lawan pedang sasar dua emas buat Selangor di SUKMA 2026
Atlet lawan pedang sasar dua emas buat Selangor di SUKMA 2026
Atlet lawan pedang sasar dua emas buat Selangor di SUKMA 2026
Atlet lawan pedang sasar dua emas buat Selangor di SUKMA 2026

SUBANG JAYA, 19 MEI: Atlet lawan pedang Selangor, Saif Nordin menyasarkan pingat emas dalam acara individu dan berpasukan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Atlet berusia 15 tahun itu berkata peluang mewakili Selangor pada temasya berprestij berkenaan menjadi pembakar semangat untuk mempamerkan aksi terbaik sekali gus membantu kontinjen tuan rumah mencapai sasaran ditetapkan.

Menurut Saif, persiapan pasukan berjalan lancar menerusi program latihan tersusun selain pendedahan dalam beberapa kejohanan antarabangsa.

“Namun paling penting, saya mahu turun beraksi dengan rasa seronok, memberikan yang terbaik dan memahami kekuatan lawan saya.

Atlet lawan pedang Selangor, Saif Nordin ketika sesi latihan bagi persiapan menghadapi SUKMA 2026 di Elite Malaysia Fencing Seri Kembangan pada 18 Mei 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Secara individu, sasaran saya adalah untuk meraih emas, dan sebagai satu pasukan, saya juga mahu Selangor meraih emas memandangkan kami merupakan tuan rumah,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau ditemui pada perjumpaan Ketua Kontinjen SUKMA Selangor Abbas Azmi bersama atlet lawan pedang di Elite Fencing Academy, malam tadi.

Untuk rekod, Saif merupakan pemenang pingat perak foil berpasukan lelaki Sukan SEA Thailand 2025 selain meraih satu emas, satu perak serta satu gangsa di Kejohanan Lawan Pedang Remaja Perak 2025.

Mengulas statusnya sebagai antara prospek emas Selangor, Saif berkata beliau tidak menganggap harapan itu sebagai beban, sebaliknya menjadikannya motivasi untuk tampil lebih cemerlang.

“Tekanan itu bukan sesuatu yang saya ambil secara negatif dengan menikmatinya dan sangat menyeronokkan.

Ketua Kontinjen SUKMA Selangor Abbas Azmi bersama atlet lawan pedang Selangor di Elite Malaysia Fencing Seri Kembangan pada 18 Mei 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Cara saya melihat tekanan adalah lebih kepada bagaimana saya mengendalikannya dengan memberikan prestasi terbaik,” ujarnya.

SUKMA edisi ke-22 dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos depan, manakala PARA SUKMA berlangsung dari 5 hingga 10 September.

Sebanyak 469 acara dipertandingkan daripada 37 jenis sukan akan dipertandingkan di sembilan daerah membabitkan 52 venue pertandingan manakala PARA SUKMA melibatkan 10 jenis sukan dan 316 acara di daerah Petaling serta Klang.

Selangor meletakkan sasaran 54 pingat emas pada temasya SUKMA 2026.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.