242 mangsa bah DUN Dusun Tua terima bantuan RM60,000 daripada Yayasan MBI

18 Mei 2026, 11:00 AM
242 mangsa bah DUN Dusun Tua terima bantuan RM60,000 daripada Yayasan MBI
242 mangsa bah DUN Dusun Tua terima bantuan RM60,000 daripada Yayasan MBI
242 mangsa bah DUN Dusun Tua terima bantuan RM60,000 daripada Yayasan MBI

HULU LANGAT, 18 MEI: Seramai 242 mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua menerima bantuan tunai berjumlah RM60,000 daripada Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan RM250 kepada setiap penerima itu disalurkan bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat banjir melanda kawasan berkenaan pada November tahun lalu.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas Program Serahan Sumbangan Bencana Banjir DUN Dusun Tua di IKBN Dusun Tua, Hulu Langat pada 18 Mei 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Pihak Yayasan MBI dan Kerajaan Negeri berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka sebelum ini.

“Sumbangan ini juga membuktikan rasa kebersamaan Yayasan MBI dan juga Kerajaan Negeri terhadap nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Serahan Sumbangan Bencana Banjir DUN Dusun Tua di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Datuk Wira Johan Abd Aziz berkata bantuan kali ini melibatkan mangsa dari 11 kampung yang kebanyakannya mengalami kerosakan harta benda termasuk perabot dan peralatan elektrik.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Datuk Wira Johan Abd Aziz bercakap kepada media selepas Program Serahan Sumbangan Bencana Banjir DUN Dusun Tua di IKBN Dusun Tua, Hulu Langat pada 18 Mei 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Saya ucap terima kasih banyak kepada pihak MBI, terutamanya kepada Ahmad Azri yang prihatin membantu meringankan beban ratusan penduduk yang terjejas ini,” katanya.

Sebelum ini, MBI turut menyalurkan bantuan makanan, kelengkapan tidur, barangan keperluan harian serta bakul makanan kepada mangsa dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, termasuk ketika mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.