Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu terima 10 lampu solar, tingkat keselamatan kawasan

18 Mei 2026, 7:56 AM
Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu terima 10 lampu solar, tingkat keselamatan kawasan

SHAH ALAM, 18 MEI: Usaha menambah baik kemudahan dan keselamatan di Kuala Kubu Bharu (KKB) diteruskan dengan pemberian 10 unit lampu solar kepada Rumah Ehsan KKB bagi meningkatkan pencahayaan sekitar.

Wakil rakyatnya, Pang Sock Tao berkata sumbangan itu bertujuan memastikan persekitaran lebih selamat dan selesa untuk penghuni serta petugas.

“Sumbangan ini bukan sahaja dapat memberikan keselesaan malah dapat membantu mengurangkan sebarang risiko kemalangan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau dalam masa sama menzahirkan penghargaan kepada pegawai bertugas di Rumah Ehsan KKB atas komitmen menjaga kebajikan penghuni di pusat berkenaan.

“Diharapkan sumbangan ini memberi manfaat berterusan kepada komuniti setempat,” katanya.

Pada 24 Disember lalu, Sock Tao menyumbang 20 lampu solar untuk dipasang di sekitar KKB bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.