Empat lampu solar LED dipasang di Sekinchan, tingkat keselamatan penduduk

18 Okt 2026, 5:49 AM
Empat lampu solar LED dipasang di Sekinchan, tingkat keselamatan penduduk

SHAH ALAM, 18 OKT: Sebanyak empat lampu solar diod pemancar cahaya (LED) dipasang di Parit 5 dan Parit 8, Sekinchan bagi memudahkan pergerakan penduduk serta meningkatkan keselamatan pada waktu malam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Dato' Ng Suee Lim berkata inisiatif itu antara usaha berterusan untuk menambah baik kemudahan dan keselamatan penduduk setempat.

"Lampu solar LED yang dipasang ini tidak memerlukan bekalan elektrik kerana menggunakan tenaga matahari yang diserap pada waktu siang untuk membekalkan kuasa bagi pencahayaan pada waktu malam.

"Pemasangan ini juga bertujuan meningkatkan keselamatan penduduk kerana lampu berkenaan membantu pengguna jalan raya melihat dengan lebih jelas ketika memandu pada waktu malam," katanya yang juga EXCO Kerajaan Tempatan.

Suee Lim berkata pemasangan lampu solar itu diluluskan Exco Infrastruktur, Dato' Ir. Izham Hashim susulan cadangan Ahli Majlis Zon Sekinchan 4, Mohamad Masudi Jubri.

"Komitmen berterusan ini juga demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan kawasan Sekinchan yang lebih baik," katanya.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.