Lebih 20 lampu solar LED dipasang, tingkat keselamatan, cegah kemalangan

19 Okt 2026, 7:48 AM
Lebih 20 lampu solar LED dipasang, tingkat keselamatan, cegah kemalangan
Lebih 20 lampu solar LED dipasang, tingkat keselamatan, cegah kemalangan
Lebih 20 lampu solar LED dipasang, tingkat keselamatan, cegah kemalangan

SHAH ALAM, 19 OKT: Lebih 20 lampu solar diod pemancar cahaya (LED) dipasang di sekitar Sekinchan bagi meningkatkan keselamatan dan memudahkan pergerakan penduduk pada waktu malam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Dato' Ng Suee Lim berkata pemasangan lampu itu turut memberi tumpuan kepada kawasan yang sering berlaku kemalangan, khususnya persimpangan jalan kampung.

“Rata-rata penduduk memohon lampu khususnya di kawasan balai polis, surau, masjid, persimpangan jalan kampung termasuk terminal Sekinchan yang menjadi lokasi pelancongan.

“Mereka memohon kerana sering berlaku kemalangan pada waktu malam selain ada kekangan perlu membayar sekiranya lampu dipasang Tenaga Nasional Berhad,” katanya kepada Media Selangor.

Susulan itu, Suee Lim berkata pihaknya memohon pemasangan lampu solar merah kuning menerusi inisiatif Kerajaan Negeri sebagai penyelesaian lebih mudah bagi memenuhi keperluan penduduk.

“Oleh demikian, kita mohon lampu solar merah kuning bawah inisiatif Kerajaan Negeri yang lebih mudah. Dengan adanya lampu solar ini, mengurangkan kemalangan selain menjamin keselamatan,” katanya.

Suee Lim memaklumkan terbaharu empat lampu solar LED dipasang di Parit 5 dan Parit 8, Sekinchan bagi menambah baik kemudahan dan keselamatan penduduk.

Menerusi Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan RM28 juta diperuntukkan di bawah inisiatif projek Selangor Penyayang sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat setempat.

Keutamaan bagi pelaksanaan projek itu akan diberikan kepada projek penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.

Malah, Kerajaan Negeri memperluaskan penggunaan lampu jalan LED berkuasa solar sebagai penyelesaian hijau dan lebih jimat untuk infrastruktur awam.

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim memaklumkan langkah itu dilaksanakan menerusi inisiatif Selangor Bercahaya dengan lebih 350 unit lampu solar berteknologi tinggi dipasang tahun ini.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.