Selangor perkukuh daya saing menerusi pembangunan infrastruktur, inovasi teknologi

15 Mei 2026, 3:48 AM
Selangor perkukuh daya saing menerusi pembangunan infrastruktur, inovasi teknologi
Selangor perkukuh daya saing menerusi pembangunan infrastruktur, inovasi teknologi
Selangor perkukuh daya saing menerusi pembangunan infrastruktur, inovasi teknologi
Selangor perkukuh daya saing menerusi pembangunan infrastruktur, inovasi teknologi

SHAH ALAM, 15 MEI: Kerajaan Selangor komited mempertingkat daya saing negeri menerusi pembangunan infrastruktur dan inovasi teknologi.

Dato’ Menteri Besar berkata pentadbiran negeri turut memperkukuh tadbir urus yang cekap serta kerjasama erat antara sektor awam dan swasta bagi memastikan Selangor kekal sebagai hab ekonomi dan teknologi utama di rantau ini.

“Kehadiran syarikat global dari Amerika Syarikat mencerminkan keyakinan berterusan komuniti perniagaan antarabangsa terhadap kestabilan, keupayaan dan masa depan Selangor sebagai destinasi pelaburan bernilai tinggi,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Terdahulu, Amirudin mempengerusikan sesi libat urus bersama Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (US-ABC) yang menghimpunkan 22 syarikat Amerika Syarikat berpangkalan di Selangor bagi membincangkan peluang kerjasama strategik serta hala tuju pertumbuhan ekonomi negeri pada masa depan.

Hadir sama Presiden Interim dan Ketua Pegawai Eksekutif US-ABC merangkap bekas Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brian D. McFeeters, serta Ketua Perwakilan Malaysia bagi US-ABC, Tina Jamaluddin.

Amirudin berkata perbincangan dalam sesi libat urus itu menumpukan kekuatan Selangor sebagai destinasi pelaburan serantau utama, khususnya dalam pembangunan bakat dan kesiapsiagaan tenaga kerja mahir, bekalan air mampan, serta dasar negeri dan pendekatan mesra pelabur yang menyokong pertumbuhan industri serta teknologi baharu.

“Sesi dialog ini turut disertai wakil daripada syarikat multinasional terkemuka termasuk IBM, Amazon, Apple, Boeing, Micron, Mastercard, Philip Morris, Procter & Gamble, Zuellig Pharma, Cargill serta beberapa lagi syarikat global yang mempunyai operasi dan pelaburan di Selangor.

“Sepanjang dialog, syarikat terbabit turut berkongsi pandangan dan cadangan mengenai pembangunan industri berteknologi tinggi, kecerdasan buatan (AI), rantaian bekalan global, sektor farmaseutikal, pendigitalan, serta keperluan untuk terus memperkukuh ekosistem pelaburan bagi memastikan pertumbuhan mampan di Selangor,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.