3,500 jemaah mohon insentif haji Selangor, kuota berbaki 2,500

14 Mei 2026, 11:21 AM
3,500 jemaah mohon insentif haji Selangor, kuota berbaki 2,500
3,500 jemaah mohon insentif haji Selangor, kuota berbaki 2,500
3,500 jemaah mohon insentif haji Selangor, kuota berbaki 2,500
3,500 jemaah mohon insentif haji Selangor, kuota berbaki 2,500
3,500 jemaah mohon insentif haji Selangor, kuota berbaki 2,500

KAJANG, 14 MEI: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menerima 3,500 permohonan insentif Haji Muassasah Selangor yang diperuntukkan Kerajaan Negeri setakat ini.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata daripada jumlah keseluruhan kuota 6,000 jemaah, masih terdapat baki 2,500 permohonan yang belum diisi.

Menurut beliau, pihaknya percaya masih ada bakal jemaah yang belum mengetahui mengenai bantuan berkenaan kerana maklumat mungkin tidak sampai ketika mereka berada di tanah suci.

“Hampir 3,500 yang sudah memohon maka berbaki lagi 2,500 daripada jumlah kuota 6,000 jemaah haji.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berucap ketika Majlis Serahan Sumbangan Bencana Kebakaran dan Ribut DUN Kajang di Pusat Komuniti Kampung Sungai Kantan, Kajang pada 14 Mei 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Saya percaya mungkin maklumat tak sampai kepada jemaah dan berlaku perbualan di tanah suci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengagihkan bantuan bencana kepada 45 mangsa ribut dan kebakaran di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.

Ahmad Azri berkata permohonan insentif itu dibuka sehingga 15 Julai bagi memberi peluang kepada jemaah yang pulang dari tanah suci membuat permohonan.

“Kerana itu, kita buka sehingga 15 Julai supaya apabila mereka balik masih lagi boleh memohon.

“Sebagai sebuah kerajaan yang cakna kepada rakyat, kita sentiasa nak bantu kerana peruntukannya ada,” katanya lagi.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut dan kebakaran DUN Kajang di Pusat Komuniti Kampung Sungai Kantan, Kajang pada 14 Mei 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Sebelum ini, Dato Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan seramai 6,000 bakal jemaah haji muassasah di negeri itu menerima insentif RM1,500 seorang menerusi pelaksanaan program Insentif Haji Muassasah 1447H/2026M.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM9 juta bagi program berkenaan dengan jumlah bantuan ditingkatkan RM500 berbanding RM1,000 sebelum ini kepada RM1,500 bagi setiap jemaah.

Untuk rekod, sejak diperkenalkan pada 2022, insentif itu sudah memanfaatkan 18,000 jemaah haji muassasah dari Selangor termasuk 3,000 jemaah masing-masing pada 2022 dan 2023 serta 6,000 jemaah masing-masing pada 2024 dan 2025.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.