Pekerja kontraktor Air Selangor ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung

12 Mei 2026, 1:20 PM
Pekerja kontraktor Air Selangor ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung

SHAH ALAM, 12 MEI: Seorang lelaki tempatan ditemukan meninggal dunia dalam longkang di Lorong Hulubalang 10C, Taman Sentosa, Klang, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 1.28 petang selepas mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut Lim Jit Huey, pihak ambulans Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang tiba di lokasi pada jam 2.05 petang mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa ialah lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an dan bekerja sebagai pekerja kontraktor Pengurusan Air Selangor Berhad yang sedang menjalankan kerja di kawasan berhampiran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik HTAR bagi proses bedah siasat.

Laporan awal mendapati punca kematian adalah penyakit jantung iskemik akibat aterosklerosis arteri koronari (Ischaemic Heart Disease due to Coronary Artery Atherosclerosis).

Jit Huey memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Polis turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam dan memberi ruang kepada siasatan dijalankan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.