STDC latih mahasiswa jadi inovator AI masa depan

11 Mei 2026, 12:52 AM
STDC latih mahasiswa jadi inovator AI masa depan
STDC latih mahasiswa jadi inovator AI masa depan
STDC latih mahasiswa jadi inovator AI masa depan
STDC latih mahasiswa jadi inovator AI masa depan
STDC latih mahasiswa jadi inovator AI masa depan

SYDNEY, 11 MEI: Latihan kecerdasan buatan (AI) kendalian Pusat Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) diharap mampu melahirkan pencipta teknologi baharu dan bukan lagi sekadar menjadi pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif STDC Dr Harizal Hamid berkata, ketika ini, 10 pelatih sedang menjalani latihan berimpak tinggi melalui ekosistem Google Cloud di Malaysia.

"Pelajar memiliki pendedahan dan kemahiran mencukupi tentang AI. Mereka menguasai penggunaan prompt dengan baik, tetapi kita mahu mereka mengelola dan mereka bentuk inovasi teknologi seterusnya.

"Jadi, langkah yang perlu dilakukan ialah mempersiapkan mereka bukan untuk menjadi pengguna AI semata-mata, sebaliknya inovator yang mengendali teknologi pada masa depan," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penutup Konvensyen Mahasiswa Selangor (KOMSEL) Luar Negara Australia di Park Royal Harbour Darling, di sini, pada 9 Mei.

Kali ini, STDC terlibat dalam konvensyen itu melalui pembentangan topik 'Memperkasa Mahasiswa Selangor dengan Google Cloud AI' yang menumpukan pembangunan bakat digital dan penguasaan teknologi AI.

Pembentangan turut mengetengah pendekatan strategik institusi itu menyediakan latihan melalui ekosistem Google Cloud seperti Generative AI, MLOps, Secure Model Deployment, Multimodal Development serta AI Governance & Security

Tambah Harizal, kira-kira 60 hingga 80 pelajar baharu bakal dilatih dengan Google Cloud AI tahun ini melalui geran yang diperoleh daripada Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

"Jumlah ini meningkat berbanding 40 tahun lalu yang dilatih di bawah payung AI. Sebelum itu, di bawah program pensijilan Apple dan ada juga pelajar menjurus ke arah kepenggunaan AI dalam platform dan media iOS," katanya.

Beliau juga memaklumkan terdapat pelajar yang kini bertugas sebagai pegawai keselamatan siber dan penggodam reka bentuk teknologi AI melalui latihan dilaksanakan STDC.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.