MBPJ sokong pelarasan sewa premis, tunggu keputusan Kerajaan Negeri

10 Mei 2026, 12:00 PM
MBPJ sokong pelarasan sewa premis, tunggu keputusan Kerajaan Negeri
MBPJ sokong pelarasan sewa premis, tunggu keputusan Kerajaan Negeri

PETALING JAYA, 10 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyokong cadangan pelarasan kadar sewa premis perniagaan bagi membantu meringankan beban penjaja yang berdepan peningkatan kos operasi.

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohamad Zahri Samingon berkata pihaknya telah mengemukakan data berkaitan kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.

Menurutnya, MBPJ bersedia melaksanakan pelarasan tersebut tertakluk kepada keputusan dasar yang akan dimuktamadkan.

“Yang PM minta turun harga, sebenarnya kita sudah bagi info kepada pihak negeri dulu. Negeri akan bawa ke atas. Semua info itu sudah ada, cuma kita tunggulah keputusan akhir bagaimana.

“Kita menyambut baik. Kita faham kekangan dengan kenaikan minyak dan sebagainya kepada penjaja, kita faham dan syor kita pun, kita bersetuju. Kita support (sokong) dengan data-data yang ada.

“Sekiranya pengurangan berapa, kita akan mengalami kurangan bayaran berapa. Semua sudah adalah. Kita sudah angkat kepada negeri. Tunggu negeri angkat kepada Persekutuan. Kita menyokong,” katanya selepas merasmikan Toy Library@Apartment Desa Mutiara di sini, hari ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya Dato' Mohamad Zahri Samingon bercakap kepada media selepas merasmikan Perpustakaan Permainan (Toy Library) di Apartment Desa Mutiara, Petaling Jaya pada 10 Mei 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya kadar sewa premis perniagaan milik agensi kerajaan Persekutuan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UDA Holdings Bhd diturunkan mulai bulan ini.

Beliau turut menggesa semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara mengambil pendekatan sama, mencontohi langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah menurunkan kadar sewaan premis miliknya.

Katanya, langkah itu merupakan antara usaha kerajaan dalam membantu peniaga dan penjaja yang terkesan akibat peningkatan kos susulan krisis bekalan global ketika ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.