Program Ibu Anak Masak dan Menang erat hubungan keluarga

10 Mei 2026, 7:35 AM
Program Ibu Anak Masak dan Menang erat hubungan keluarga

SHAH ALAM, 10 MEI: Program Ibu Anak Masak dan Menang anjuran Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning berjaya menghimpunkan pasangan ibu dan anak dalam suasana meriah sempena sambutan Hari Ibu 2026 di Dewan Azalea, Kota Kemuning, hari ini.

ADN Kota Kemuning, S. Preakas berkata program itu bukan sekadar pertandingan memasak, sebaliknya menjadi medium mengeratkan hubungan kekeluargaan menerusi aktiviti yang dilakukan bersama.

Menurutnya, gaya hidup moden ketika ini menyebabkan ramai ibu bapa dan anak kurang meluangkan masa berkualiti bersama meskipun tinggal serumah.

“Program seperti ini penting kerana ia memberi peluang kepada ibu dan anak bekerjasama, berkomunikasi dan mencipta kenangan bermakna bersama.

“Institusi keluarga yang kukuh menjadi asas kepada masyarakat yang harmoni dan sihat. Justeru, nilai itu perlu terus dipupuk menerusi program komuniti seperti ini,” katanya dalam kenyataan.

Program berkenaan menyaksikan kerjasama kreatif antara ibu dan anak menyediakan pelbagai hidangan menarik, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan kekeluargaan.

Preakas turut memuji komitmen ditunjukkan peserta sepanjang pertandingan berlangsung.

“Tahniah kepada semua peserta atas semangat dan kerjasama yang dipamerkan. Setiap hidangan bukan sahaja menyelerakan, malah menggambarkan eratnya hubungan kekeluargaan,” katanya.

Dalam pada itu, Pejabat ADUN Kota Kemuning berharap lebih banyak program berteraskan keluarga dapat dilaksanakan pada masa depan bagi memperkukuh institusi kekeluargaan serta membina komuniti yang lebih prihatin dan bersatu.

Program Ibu Anak Masak dan Menang anjuran Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning.
Program Ibu Anak Masak dan Menang anjuran Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning.
Program Ibu Anak Masak dan Menang anjuran Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning.
Program Ibu Anak Masak dan Menang anjuran Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.