SELKitar kutip 60 tan bahan kitar semula setiap bulan

9 Mei 2026, 12:00 PM
SELKitar kutip 60 tan bahan kitar semula setiap bulan
SELKitar kutip 60 tan bahan kitar semula setiap bulan
SELKitar kutip 60 tan bahan kitar semula setiap bulan
SELKitar kutip 60 tan bahan kitar semula setiap bulan

SEPANG, 9 MEI: Program Selangor Kitar Semula (SELKitar) berjaya mengurangkan penghasilan sampah menerusi kutipan kira-kira 60,000 kilogram barangan kitar semula setiap bulan sejak dilaksanakan setahun lalu.

Pengurus pelaksana projek KDEB Waste Management (KDEBWM) Ammar Ehsan Omar berkata program hasil kerjasama dengan Nestle Malaysia itu turut membantu mengurangkan jumlah sisa dihantar ke tapak pelupusan sampah.

Menurutnya, setakat ini pelaksanaan SELKitar melibatkan kutipan barangan kitar semula di 400,000 unit rumah di seluruh Selangor.

“Secara purata, SELKitar dapat mengumpulkan kira-kira 60,000 kilogram barangan kitar semula setiap bulan. Ini dapat mengurangkan jumlah sampah ke tapak pelupusan.

Pengurus pelaksana projek KDEB Waste Management (KDEBWM) Ammar Ehsan Omar ditemui dalam Program “SELKitar Walk” di Meranti Residensi, Puchong pada 9 Mei 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/ MEDIASELANGOR

“Bila kita dapat kumpul lebih banyak, kita dapat jimatkan penggunaan sumber semula jadi dan seterusnya membantu ke arah penjagaan alam sekitar. Dalam masa sama ia juga memberi pulangan wang apabila dijual,” katanya kepada Media Selangor.

Terdahulu beliau menyertai SELKitar Walk yang diadakan di Meranti Residensi, Puchong. Majlis dirasmikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Dr Ani Ahmad hari ini.

Menurut Ammar Ehsan, sambutan menggalakkan daripada penduduk seluruh negeri terhadap SELKitar bakal menyokong usaha negeri untuk berada kedudukan lebih baik dalam menjaga alam sekitar.

Berikutan itu, pihaknya akan terus merancakkan lagi program terbabit di samping mendapatkan kerjasama pelbagai pihak demi memastikan usaha berjalan konsisten.

“Insya-Allah usaha ini membolehkan kita ke satu tahap lebih baik, setanding dengan negara membangun kelas pertama. Di mana masyarakat kita boleh asingkan barangan kitar semula.

Penduduk menyertai Program “SELKitar Walk” di Meranti Residensi, Puchong pada 9 Mei 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/ MEDIASELANGOR

“Kita harapkan usaha ini berterusan. Lepas setahun, kita nampak SELKitar ini tunjukkan peningkatan dari segi jumlah penyertaan penduduk dan kuantiti barangan yang dikutip,” katanya.

April tahun lalu, Kerajaan Negeri menerusi KDEBWM memeterai kerjasama dengan Nestle Malaysia bagi memperkasa aktiviti kitar semula menerusi kutipan dari rumah ke rumah.

Dato’ Menteri Besar memaklumkan kerjasama strategik itu sejajar matlamat digariskan dalam Belanjawan 2025 untuk mengurangkan sisa di kawasan pihak berkuasa tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada tapak kambus tanah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.