MBSJ sita pelbagai barangan restoran ‘cop’ parkir awam

5 Mei 2026, 1:32 PM
MBSJ sita pelbagai barangan restoran ‘cop’ parkir awam
MBSJ sita pelbagai barangan restoran ‘cop’ parkir awam

SHAH ALAM, 5 MEI: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap premis restoran di Jalan SS 18, Subang Jaya selepas didapati menggunakan petak parkir awam untuk kegunaan sendiri.

MBSJ menerusi kenyataan memaklumkan operasi pada 26 April lalu itu mendapati premis berkenaan meletakkan kerusi, meja serta kon bernombor di petak parkir awam bagi ‘cop’ parkir.

"Tindakan sitaan telah diambil serta-merta ke atas barangan terlibat sebelum dihantar ke Stor Sitaan MBSJ di Jalan TP 2, Taman Perindustrian UEP, Subang Jaya untuk tindakan lanjut mengikut prosedur ditetapkan," katanya menerusi Facebook.

Selain sitaan, Notis Tawaran Kompaun (NTK) turut dikeluarkan kepada pemilik premis sebagai langkah penguatkuasaan serta peringatan agar peraturan dipatuhi.

MBSJ menegaskan akan terus mempergiat usaha pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil, syarat lesen serta peraturan ditetapkan demi kesejahteraan dan ketenteraman awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.