Beroperasi lebih had masa, MPKj gantung lesen dua pusat siber

5 Mei 2026, 7:44 AM
Beroperasi lebih had masa, MPKj gantung lesen dua pusat siber
Beroperasi lebih had masa, MPKj gantung lesen dua pusat siber
Beroperasi lebih had masa, MPKj gantung lesen dua pusat siber
Beroperasi lebih had masa, MPKj gantung lesen dua pusat siber

SHAH ALAM, 5 MEI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menutup dua premis pusat siber selepas didapati beroperasi melebihi had masa ditetapkan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Taman Kajang Indah dan kawasan perniagaan Desa Ria, Balakong, semalam.

Operasi berkenaan dijalankan oleh MPKj bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan pemeriksaan pematuhan lesen serta syarat operasi premis pusat siber di kawasan terbabit.

Menurut MPKj, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua premis berkenaan mempunyai lesen sah, namun gagal mematuhi syarat operasi apabila dikesan beroperasi melebihi waktu dibenarkan.

“Susulan itu, MPKj mengambil tindakan sitaan dan penguncian premis serta-merta, diikuti dengan penarikan serta penggantungan lesen oleh pegawai Jabatan Perlesenan MPKj.

“Tindakan penguatkuasaan dilakukan di bawah Seksyen 21(1) Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MPKj) 2007,” maklum MPKj menerusi kenyataan.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan operasi turut mendapat kerjasama PDRM yang membantu memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang tindakan penguatkuasaan dijalankan.

“Operasi berjalan lancar dan terkawal hasil kerjasama erat antara semua agensi yang terlibat. MPKj akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua premis mematuhi peraturan dan syarat lesen yang ditetapkan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.