ad
PBT

MBSJ keluar tiga notis tawaran kompaun, sita peralatan pusat siber

29 Jun 2022, 9:09 AM
MBSJ keluar tiga notis tawaran kompaun, sita peralatan pusat siber

SHAH ALAM, 29 JUN: Tiga premis pusat siber diberikan notis tawaran kompaun oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MSBJ) kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen pada 27 Jun lalu.

Pemeriksaan di sekitar Taman Sg. Besi Indah, Seri Kembangan dilakukan dengan kerjasama pihak polis Sepang.

"Tiga premis diperiksa dan tiga notis tawaran kompaun (NTK) dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MBSJ) 2007.

"Tindakan sitaan turut diambil antaranya peralatan pusat siber seperti komputer riba, monitor, modem dan kamera litar tertutup (CCTV)," maklum MBSJ menerusi Facebook.

Seorang individu turut ditahan dan tindakan penutupan serta-merta dikenakan terhadap premis pusat siber di bawah bidang kuasa polis.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.