Budak 9 tahun hanyut: Bomba luas pencarian hingga lima kilometer

2 Mei 2026, 12:23 PM
Budak 9 tahun hanyut: Bomba luas pencarian hingga lima kilometer
Budak 9 tahun hanyut: Bomba luas pencarian hingga lima kilometer
Budak 9 tahun hanyut: Bomba luas pencarian hingga lima kilometer

SHAH ALAM, 2 MEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memperluas radius pencarian sehingga lima kilometer bagi mengesan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dipercayai hanyut di Bandar Mahkota Cheras, Kajang dekat sini.

Ketua Zon 4, Wan Syariman Wan Saleh berkata kawasan pencarian yang diperluas itu meliputi laluan Sungai Long sehingga ke muara Sungai Langat.

“Radius pencarian diperluas susulan pemeriksaan di kawasan yang telah dilakukan berulang kali, namun masih belum menemui sebarang petunjuk. Setakat tengah hari tadi, laluan sempit seperti ‘culvert’ telah dilalui beberapa kali dan didapati ‘clear’.

“Pencarian seterusnya digerakkan dari Jambatan Taman Rakan ke lokasi mangsa dipercayai jatuh. Kemudian, operasi pencarian akan dilaksanakan sekali lagi secara ‘sweeping’, bermula dari jambatan menghala ke lokasi mangsa dipercayai jatuh sebelum diteruskan ke muara Sungai Langat.

“Jarak dari lokasi semasa ke lokasi mangsa jatuh dianggarkan kira-kira 2.6 kilometer, manakala ke muara Sungai Langat pula sekitar 2.2 kilometer,” lapor Buletin TV3.

Jelasnya lagi, struktur sungai jenis ‘monsoon drain’, laluan sempit dan tebing tinggi antara cabaran dan menyukarkan akses pasukan penyelamat.

“Operasi dijangka diteruskan sehingga malam, bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Bantuan Balai Bomba Dengkil digerakkan bagi pencarian awal di kawasan Sungai Langat sebagai langkah berjaga-jaga.

“Operasi petang ini melibatkan beberapa agensi lain antaranya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta badan bukan kerajaan (NGO).

Semalam, seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri hilang dihanyutkan arus selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang ketika hendak mengambil bola di sebuah kondominium di Bandar Mahkota Cheras.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.