Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri hingga 9 malam

1 Mei 2026, 11:02 AM
Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri hingga 9 malam

SHAH ALAM, 1 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di seluruh negara sehingga jam 9 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan antara negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, amaran turut melibatkan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, khususnya di kawasan Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi Kelantan pula melibatkan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala di Pahang merangkumi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran.

Di Sarawak, kawasan terlibat termasuk Kuching, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Nabawan.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berterusan melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan berikutan keadaan cuaca tidak menentu di kawasan terlibat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.