MB ziarah, serah sumbangan kepada keluarga kanak-kanak lemas di Puncak Alam

1 Mei 2026, 4:30 AM
MB ziarah, serah sumbangan kepada keluarga kanak-kanak lemas di Puncak Alam
MB ziarah, serah sumbangan kepada keluarga kanak-kanak lemas di Puncak Alam
MB ziarah, serah sumbangan kepada keluarga kanak-kanak lemas di Puncak Alam
MB ziarah, serah sumbangan kepada keluarga kanak-kanak lemas di Puncak Alam

SHAH ALAM, 1 MEI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Khairil Izani Khaizalullinordin yang ditemukan lemas di Bandar Puncak Alam, semalam.

Dalam kunjungan tersebut, Amirudin turut menyampaikan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi meringankan beban keluarga Allahyarham Khairil Izani.

“Saya merasa hiba apabila menerima berita pemergian Allahyarham adik Khairil Izani, mangsa lemas di Puncak Alam yang ditemui setelah pihak keselamatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat selama beberapa hari.

“Malam tadi saya telah menziarahi kediaman ibu bapa Allahyarham, bersama Pegawai Daerah Kuala Selangor serta pemimpin setempat, susulan tragedi yang amat menyayat hati ini.

“Saya menyampaikan ucapan takziah kepada ibu dan ayah Allahyarham. Pemergian anakanda tersayang adalah satu ujian yang amat perit dan saya hanya mampu berdoa Allah SWT memberikan kekuatan kepada keluarga Allahyarham bagi mengharungi ujian ini,” katanya menerusi laman Facebook.

Semalam, media melaporkan selepas tiga hari pencarian, seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam longkang di Lorong Cakera Purnama 12/27, Bandar Puncak Alam, Selasa lalu, ditemukan lemas.

Mayat mangsa, Khairil Izani, 10, ditemui di sungai berhampiran Sungai Buloh, Ijok, kira-kira jam 1 tengah hari.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, terdahulu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa itu memasuki hari ketiga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.