Amaran ribut petir beberapa negeri hingga 10 malam ini

28 Apr 2026, 11:37 AM
Amaran ribut petir beberapa negeri hingga 10 malam ini

SHAH ALAM, 28 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 10 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat termasuk Perlis; Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu); Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Kelantan (Gua Musang) serta Pahang (Cameron Highlands, Lipis dan Raub).

Di Selangor, amaran melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang selain turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Turut terjejas ialah Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak dan Muar), Sarawak (Kuching) serta Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat di Putatan.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan susulan jangkaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku dalam tempoh lebih sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.