STDC perkasa peluang kerja belia berkemahiran TVET

28 Apr 2026, 5:27 AM
STDC perkasa peluang kerja belia berkemahiran TVET

SHAH ALAM, 28 APRIL: Pusat Pembangunan Teknikal Selangor (STDC) terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang pekerjaan belia dengan menjalin kerjasama bersama syarikat industri utama, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerja kepada mereka yang mempunyai kemahiran TVET.

EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata inisiatif Kerajaan Negeri membantu merapatkan jurang antara belia berkemahiran dan majikan melalui program tersusun serta kerjasama industri.

“Walaupun program sedia ada berada di landasan betul, penambahbaikan perlu dilakukan supaya ia lebih inklusif, relevan dan memberi impak lebih besar.

“Kita perlu memperkukuh pelaksanaannya agar belia lebih bersedia menghadapi cabaran ekonomi semasa,” katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor hari ini.

Selain itu, beliau berkata Kerajaan Negeri turut melihat potensi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam merangka program keusahawanan belia, khususnya dalam aspek pemasaran bagi meningkatkan daya saing mereka.

Katanya, bengkel kemahiran digital asas juga akan diperkenalkan meliputi pemasaran media sosial, e-dagang serta pendedahan kepada teknologi baharu seperti AI yang semakin penting dalam pasaran kerja masa kini.

Najwan turut memaklumkan program komuniti yang digerakkan belia walaupun berskala kecil, tetap memberi impak bermakna di peringkat akar umbi.

Beliau juga berkata Kerajaan Negeri akan meneliti kemungkinan memantau kafe siber dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk menilai jenis kandungan dan perkhidmatan yang ditawarkan bagi memastikan persekitaran selamat dan bermanfaat kepada golongan muda.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.