KPDN pergiat Ops Tiris 4.0, pantau pembelian petrol, diesel

28 Apr 2026, 3:14 AM
KPDN pergiat Ops Tiris 4.0, pantau pembelian petrol, diesel
KPDN pergiat Ops Tiris 4.0, pantau pembelian petrol, diesel
KPDN pergiat Ops Tiris 4.0, pantau pembelian petrol, diesel

SHAH ALAM, 28 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Kajang menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di stesen minyak termasuk penguatkuasaan larangan penjualan serta pembelian petrol RON95 dan diesel sekitar Bandar Baru Bangi, semalam.

Menerusi kenyataan di Facebook, pemantauan itu dilaksanakan di bawah Ops Tiris 4.0 yang memfokuskan usaha menyekat ketirisan subsidi serta mengekang aktiviti penyeludupan bahan api.

Selain itu, operasi ini turut memeriksa penguatkuasaan larangan penjualan serta pembelian petrol kepada semua kenderaan termasuk kenderaan berpendaftaran asing.

"Hasil pemeriksaan mendapati bekalan bahan api mencukupi, dengan tahap pengusaha menunjukkan tahap pematuhan tinggi.

"Tiada kenderaan asing didapati dibenarkan mengisi petrol RON95," menurut kenyataan itu.

Dalam operasi sama, anggota penguat kuasa KPDN cawangan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor turut memeriksa stesen minyak di sekitarnya.

Operasi yang dijalankan melibatkan kawasan Bukit Sentosa dan sekitarnya.

"Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan dikesan di stesen minyak yang diperiksa," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.