KK Sijangkang ditutup sementara, perkhidmatan dipindah ke klinik berdekatan

26 Apr 2026, 11:35 AM
KK Sijangkang ditutup sementara, perkhidmatan dipindah ke klinik berdekatan

SHAH ALAM, 26 APRIL: Klinik Kesihatan (KK) Sijangkang, Kuala Langat ditutup sementara bagi tujuan baik pulih selepas mengalami kerosakan akibat ribut semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan perkhidmatan merawat pesakit turut dipindah sementara ke KK kebun Baru, KK Teluk Panglima Garang dan Klinik Desa Sijangkang Luar.

“Kejadian ribut kira-kira 4 petang semalam mengakibatkan bumbung bahagian pesakit luar rosak hingga hujan masuk ke dalam premis.

“Bagaimanapun kejadian semalam tidak melibatkan sebarang kecederaan. Tindakan segera sudah diambil termasuk menghubungi Tenaga Nasional Berhad untuk pemulihan bekalan elektrik,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut JKNS, kontraktor untuk menjalankan kerja pembaikan turut dilantik selain jurutera daerah akan melaksanakan penilaian terhadap struktur bangunan dalam masa terdekat.

“Semua pesakit sudah dimaklumkan perkata ini selain hebahan di media sosial rasmi, komuniti serta notis di premis klinik. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.