Klinik Kesihatan Selayang Baru mula operasi September ini

14 Jul 2026, 5:02 AM
Klinik Kesihatan Selayang Baru mula operasi September ini
Klinik Kesihatan Selayang Baru mula operasi September ini

SHAH ALAM, 14 JULAI: Klinik Kesihatan (Jenis 3) Selayang Baru kini siap sepenuhnya dan dijadual beroperasi secara berperingkat bermula September depan.

Jabatan Kerja Raya Selangor menerusi Facebook memaklumkan projek yang dilaksanakan secara konvensional dalaman itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf enam lot bangunan rumah kedai menjadi sebuah Klinik Kesihatan (Jenis 3).

Menurut jabatan itu, bangunan tersebut lengkap dengan pelbagai kemudahan klinikal dan sokongan bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih selesa, berkualiti dan efisien untuk penduduk sekitar Selayang.

“Dengan kos kontrak terlaras berjumlah RM14.39 juta, projek ini telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 13 Mac lalu hasil komitmen, kerjasama dan dedikasi semua pihak.

“Antara yang terlibat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia, JKR Negeri Selangor, JKR Daerah Gombak, pihak kontraktor, subkontraktor serta agensi-agensi berkaitan,” katanya.

Terdahulu, klinik kesihatan itu diserahkan oleh Pengarah JKR Selangor Ir. Shukri Ishak kepada Setiausaha Bahagian Kanan,Kementerian Kesihatan Malaysia Datin Paduka Roslinah Md. Jani.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.