Selangor rancang bina hab kesejahteraan warga emas dan OKU, ringan beban penjaga

22 Apr 2026, 6:28 AM
Selangor rancang bina hab kesejahteraan warga emas dan OKU, ringan beban penjaga
Selangor rancang bina hab kesejahteraan warga emas dan OKU, ringan beban penjaga
Selangor rancang bina hab kesejahteraan warga emas dan OKU, ringan beban penjaga

SHAH ALAM, 22 APRIL: Kerajaan Negeri bercadang membangunkan sebuah premis Respite Care Wellness Hub (Pusat Kesejahteraan Penjagaan Sementara) khusus bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sebagai sokongan kepada golongan penjaga, khususnya wanita.

EXCO Kebajikan berkata inisiatif itu dilihat penting dengan mengambil kira realiti semasa termasuk kes wanita yang terpaksa mengurus anak OKU atau warga emas secara bersendirian sehingga memberi tekanan kepada kehidupan seharian.

Menurut Anfaal Saari, Kerajaan Negeri turut bercadang melonggarkan syarat bantuan tunai kebajikan program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang akan diumumkan tidak lama lagi.

EXCO Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari ketika sesi pertanyaan lisan menerusi Persidangan Penggal Keempat Kali Ke 15 Dewan Negeri Selangor di , Shah Alam pada 21 April 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR

"Selain bantuan tunai, kita juga merancang membangunkan sebuah premis sebagai pusat jagaan sementara berbentuk ‘day care’ untuk anak OKU dan warga emas.

"Melalui hab kesejahteraan ini, penjaga boleh meninggalkan tanggungan mereka untuk tempoh tiga hingga empat jam bagi menguruskan hal peribadi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Shafie Ngah berhubung ibu tunggal menjaga anak OKU pada Sidang Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Sebelum ini permohonan BINGKAS meletakkan syarat dua anak di bawah usia 18 tahun dan sekarang meluaskan kepada tanggungan kumpulan lain yang memerlukan penjagaan termasuk warga emas dan OKU.

Anfaal menjelaskan, projek rintis itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijangka memberi impak positif kepada kesejahteraan penjaga.

"Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan, malah memberi ruang kepada penjaga, khususnya wanita, untuk meningkatkan kualiti hidup dan keupayaan diri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.