Kelas bahasa percuma Selangor dibuka, daftar sesi 5 sekarang

20 Apr 2026, 12:00 AM
Kelas bahasa percuma Selangor dibuka, daftar sesi 5 sekarang

SHAH ALAM, 20 APRIL: Pendaftaran Kelas Asas Bahasa 2026 bagi pengambilan Sesi 5 kini dibuka menerusi program Language Discovery @ Selangor Public Library.

Program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu menawarkan empat pilihan bahasa iaitu Tamil, Arab, Sepanyol dan Mandarin.

Kelas berkenaan disediakan secara percuma khas untuk warga Selangor hasil subsidi Kerajaan Negeri, sebagai usaha memperluas akses pembelajaran bahasa asing dalam kalangan masyarakat.

Menurut penganjur, keutamaan akan diberikan kepada individu yang telah mendaftar akaun Language Discovery sebelum ini.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar menerusi laman sesawang www.ppas.gov.my/language_discovery atau menghubungi talian 016-206 4264 dan 011-5879 1664 untuk maklumat lanjut.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya menawarkan kelas bahasa asing secara dalam talian dan percuma bermula tahun ini sebagai langkah memperkukuh kemahiran pelbagai bahasa dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari pendekatan itu membuktikan keyakinan Kerajaan Negeri bahawa bahasa adalah kekuatan yang membolehkan Malaysia bersaing di peringkat global, bukan punca perpecahan.

Berikutan itu, minggu lalu beliau mengumumkan insentif khas berjumlah RM500,000 bagi melaksana program terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.