MB bangga Selangor johan tilawah dan hafazan, suntik inspirasi anak muda

19 Apr 2026, 8:09 AM
MB bangga Selangor johan tilawah dan hafazan, suntik inspirasi anak muda

SHAH ALAM, 19 APRIL: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan Selangor yang muncul sebagai johan keseluruhan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026.

Beliau berkata kejayaan tersebut amat bermakna dan mencerminkan usaha berterusan negeri dalam memperkukuh penghayatan al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

"Alhamdulillah, satu pencapaian yang amat membanggakan buat Selangor apabila muncul sebagai johan keseluruhan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

"Syabas kepada Muhammad Amnan Muhammad Sani, Nur Izzati Norazmi, Nor Ruzana Natiah Jaafar dan Humairourrohmah Mastor atas kejayaan yang membanggakan ini," katanya di Facebook.

Menurut beliau, kejayaan itu bukan sahaja mengangkat nama Selangor, malah turut memperkukuh syiar al-Quran di peringkat kebangsaan.

Dalam pada itu, Amirudin berharap pencapaian berkenaan dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk mendekati, menghayati serta menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Selangor muncul sebagai johan keseluruhan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026 selepas meraih jumlah mata tertinggi dalam pertandingan berprestij itu, semalam.

Kejayaan Selangor turut disumbangkan oleh prestasi cemerlang peserta negeri, termasuk Muhammad Amnan Muhammad Sani yang menjuarai kategori Hafazan Juzuk 1-10 (Lelaki) dengan markah 98.35, serta Nur Izzati Norazmi yang mengungguli kategori Hafazan Juzuk 1-20 (Perempuan) dengan catatan 98.45.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.